Seronok nye bile tak payah keje sabtu ahad skang ni. No more shift! Dapat la aku spend kan masa aku sepenuhnye dgn family. Sabtu aritu, aku balik umah mak aku. Lepak2 kat umah, main ngn amsyar, sementara Basri gi amek motor kat sepupu dia, si Man. Maklum la, tempat keje makin jauh dr umah. Kene redah jalan jem plak tu. Terutama aku. Takkan nk bawak kete masuk tgh2 KL tu. Gilo! Maka, untuk menjimatkan petrol dan masa, kami sepakat membawa berkat, untuk menaiki motor ke tempat keje. Aku dicampakkan oleh Basri di mana2 stesen LRT berdekatan untuk ke KLCC, manakala asri boleh terus pergi ke ofis barunye dengan tenang. Huhu...
Berbalik pada aktiviti ari sabtu aritu.. Lepas gi amek moto, Basri pn menunaikan lah salah satu tanggungjawab dia sebagai suami dn bapa untuk menghiburkan anak bini...... Kitorang gi Jusco Bukit Tinggi. Keluar rumah je, aku tanya Basri, "tanak bawak stroller amsyar ke?". Dia pn menjawab, "takyah la. kang jalan lama plak. sy tanak lama2. bkn nk shopping pn. cuci mata je...". Aku pn ikutkan je.. Yang penting, dia la yg kene dukung si kecik tu! :D Baru 5 min masuk dalam shopping complex tu, dia dh membebel, "Ya Allah, beratnye amsyar.. cane korang bawak dia gi jalan sebelum ni kalo tak bawak stroller?".. Huhuhu.. Baru dia tau betapa sukarnya pegang amsyar. Takyah tunggu bawak gi jalan. Dukung dalam umah pn tak larat. Lalu, Saleha meneruskan perjalanan.. Lalu, berjalan2 lah kami selama setengah jam.. Bile dh maghrib, kami pn pulang. Otw balik, ibu plak message, cakap dia nk gi Jusco Bukit Tinggi. Huhuhu.. Tau, gi skali ngn diorang. Jadi, kami 3 beranak pn menyepent kan la masa bersama dgn menonton Sehati Berdansa.
Ari ahad plak, Basri balik Melaka jap. Ada member kawen. Aku ngn amsyar dok umah ibu je. Siapkan claim2 si Basri. Maklum la. Aku ni PA dia. Claim2, sume aku tolong setelkan. Dato' banyak jemputan la katakan. Lagipn, duit mu duit ku juerr..... Hehehe... Bile Basri sampai dr Melaka pn, claim tak siap lg.. So, Basri pn tolong2.. Sampai ke tengah malam nk menyiapkan. Amsyar pn temankan kitorang. Kol 1.30pg baru dia tdo. Susah btol nk tdo kan dia skang. Asek nk ajak main jerrrr...! Mata aku dh tak larat dh. Aku pn biar Basri setelkan keje dia tu, aku terus zzzzzzzz.....
Monday, December 15, 2008
--- weekend yang tak brape sibuk ---
Posted by cek.mek.molek at 12/15/2008 08:25:00 AM
Labels: jalan-jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment