Tuesday, April 14, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Boonga Shoes

Arini aku jumpe bende yang agak2 mcm best. Macam menarik je kasut2 kat Boonga Shoes ni. Macam nk beli jer.. Ade untuk baby punye kasut gak. Bleh belikan untuk amsyar! Mesti rugged! hehe.. Tapi, tunggu dapat greenlight dr hubby la..
Posted by cek.mek.molek at 3/24/2009 09:42:00 PM 0 comments
Monday, March 23, 2009
housekeeping in progress....
huhuhu..dh berabuk dh blog ni..rasa nk kembali update blog ni. tp tgk la cane.. hangat2 taik kambing ke, atau mmg btol2 bertekad dah ni. haha.. mcm la mengupdate blog ni 1 cite2 yg bleh dapat duit.
well.. kalo banyak masa, bleh la update tiap2 ari. harap2.. insyaAllah..
Posted by cek.mek.molek at 3/23/2009 09:51:00 PM 0 comments
Monday, December 15, 2008
--- weekend yang tak brape sibuk ---
Seronok nye bile tak payah keje sabtu ahad skang ni. No more shift! Dapat la aku spend kan masa aku sepenuhnye dgn family. Sabtu aritu, aku balik umah mak aku. Lepak2 kat umah, main ngn amsyar, sementara Basri gi amek motor kat sepupu dia, si Man. Maklum la, tempat keje makin jauh dr umah. Kene redah jalan jem plak tu. Terutama aku. Takkan nk bawak kete masuk tgh2 KL tu. Gilo! Maka, untuk menjimatkan petrol dan masa, kami sepakat membawa berkat, untuk menaiki motor ke tempat keje. Aku dicampakkan oleh Basri di mana2 stesen LRT berdekatan untuk ke KLCC, manakala asri boleh terus pergi ke ofis barunye dengan tenang. Huhu...
Berbalik pada aktiviti ari sabtu aritu.. Lepas gi amek moto, Basri pn menunaikan lah salah satu tanggungjawab dia sebagai suami dn bapa untuk menghiburkan anak bini...... Kitorang gi Jusco Bukit Tinggi. Keluar rumah je, aku tanya Basri, "tanak bawak stroller amsyar ke?". Dia pn menjawab, "takyah la. kang jalan lama plak. sy tanak lama2. bkn nk shopping pn. cuci mata je...". Aku pn ikutkan je.. Yang penting, dia la yg kene dukung si kecik tu! :D Baru 5 min masuk dalam shopping complex tu, dia dh membebel, "Ya Allah, beratnye amsyar.. cane korang bawak dia gi jalan sebelum ni kalo tak bawak stroller?".. Huhuhu.. Baru dia tau betapa sukarnya pegang amsyar. Takyah tunggu bawak gi jalan. Dukung dalam umah pn tak larat. Lalu, Saleha meneruskan perjalanan.. Lalu, berjalan2 lah kami selama setengah jam.. Bile dh maghrib, kami pn pulang. Otw balik, ibu plak message, cakap dia nk gi Jusco Bukit Tinggi. Huhuhu.. Tau, gi skali ngn diorang. Jadi, kami 3 beranak pn menyepent kan la masa bersama dgn menonton Sehati Berdansa.
Ari ahad plak, Basri balik Melaka jap. Ada member kawen. Aku ngn amsyar dok umah ibu je. Siapkan claim2 si Basri. Maklum la. Aku ni PA dia. Claim2, sume aku tolong setelkan. Dato' banyak jemputan la katakan. Lagipn, duit mu duit ku juerr..... Hehehe... Bile Basri sampai dr Melaka pn, claim tak siap lg.. So, Basri pn tolong2.. Sampai ke tengah malam nk menyiapkan. Amsyar pn temankan kitorang. Kol 1.30pg baru dia tdo. Susah btol nk tdo kan dia skang. Asek nk ajak main jerrrr...! Mata aku dh tak larat dh. Aku pn biar Basri setelkan keje dia tu, aku terus zzzzzzzz.....
Posted by cek.mek.molek at 12/15/2008 08:25:00 AM 0 comments
Labels: jalan-jalan
Thursday, December 11, 2008
Kerja Baru!
Pagi2 aku bangun dengan semangat baru nk start keje baru. *tapi takleh lawan time keje kat Getronics dulu. Lagi awal bangun.. kol 3pg dah bangun. sbb masuk keje kol 4 pg. huhuhu..* Walaupn tido berjaga-jaga atau dalam bahasa inggerisnye, stand-by untuk bg anak susu tgh malam, tp, sempat lagi aku mimpi 1st day keje baru! huhu.. tah pape tah....
Pkl 7.30 pg aku dh gerak anta amsyar gi umah mak aku. Kol 8 aku gerak gi HQ office kat Subang. Bajet2 jalan jem la kat Hicom dgn Kesas tu. Skali, 15min dah sampai Subang. Aku pn dok la dalam kete setengah jam, tunggu agak2 dh nk kol 9, baru aku kuar kete, masuk bangunan tu.. Aku terus jumpa Marlia, org HR yg incharge aku. Dia pon bagi la borang2 untuk di isi. Lepas isi, aku di entertained oleh org HR lagi sorang, nama dia Farhana. Org panggil dia Farah je. Seb baik peramah. Sempat sembang2 n tukar2 tunjuk gambar anak lgi! Haha. Dia kenalkan kat orang2 HR and bawak aku gi buat fingerprint. Lepas buat fingerprint, aku terus la gi opis sebenar aku kat Etiqa Tower (Menara MNI).
Aku park kete kat Amcorp, then naik LRT dr situ terus ke KLCC. Sampai KLCC, aku pn terpinga2 cari jalan nk kuar ke arah Etiqa tower tu. Maklum la.. dah setahun tak gi KLCC. Agak kalut sket.. huhu.. Aku pn tanya la mamat yg keje kat Auntie Anne's tu, "dik, tautak jalan nk gi Etiqa Tower?". Dia pn jawab "taktau la kak". "Jalan nk gi Aquaria tau?", balas aku. "Aa.. Aquaria tau. Akak straight ni, gi kiri, pastu kiri lagi. Pasti ade lorong, ikut je lorong tu", mamat tu pn terangkan lah dengan penuh emosi.... Aku pn ikut jela direction yg dia bg. Agak sesat jugak la bile dh nk masuk Aquaria tu. Jalan punye jalan, aku gi kuar kat belah blakang plak. Nampak la rumput2 dan pokok2 yg segar je.. tak nampak pn bangunan yg ade tulis Etiqa. Huhu.. Tanya org lagi...... Last2, baru la dapat direction yg betol.. Huh.. Penatnye. Dah lama tak berjalan2 kat KL. Kene rushing plak. Takut bos tunggu lama...
Akhirnya, sampai la aku kat opis aku.. Orang pertama yg aku kenal, nama dia Joanne. Peramah dan banyak cakap. Agak senang la aku dengan dia. Dia pn kenalkan aku dgn sume org kat dalam opis tu. Opis nye kecik, org pn tak ramai.. So, sume org mcm family je..
Hari pertama masuk opis, lepak2 je.. Baca sket2 pasal ISO dgn ISMS sbb tu 1st task aku yg kene buat nnt sblm buat troubleshooting or pegang2 routers/switches nnt.. Harap2, lama la aku keje kat sini. Macam best je kat sini..
Posted by cek.mek.molek at 12/11/2008 11:12:00 AM 0 comments
Tuesday, December 9, 2008
Convert MY Tube
Kepada sesiapa yang nk suke convert mengonvert video dari YouTube, kat sini ade satu website yang membolehkan korang convert kepada format (windows).mpg,(Mac).mov,(ipod/psp/iphone).mp4,(mobile).3gp,mp3,.wav,wmv dan flv. Korang masukkan kan je link video yang korang nk convertkan tu, bile dia dh abes convert, korang bleh download file tu untuk simpanan korang sendiri. Selamat mencuba!!
Posted by cek.mek.molek at 12/09/2008 05:12:00 PM 0 comments
Monday, December 8, 2008
Selamat Menyambut Aidiladha!
Assalamualikum...
Salam aidiladha untuk semua. Buat pertama kalinya aku menyambut aidiladha sebagai seorang ibu. Macam kurang rasa hari raya sebab lebih banyak melayan anak drpd membuat persiapan hari raya. Sume org dh siap2 nk gi solat raya, aku sebok dok mandikan anak. Aku sendiri mandi dh nk tengahari. Huhuhu..
Seumur hidup aku, hanya sekali je aku gi tengok org sembelih lembu. Tu pn zaman kanak-kanak. Lepas tu, taubat nk gi tgk. Kesian, sedih, tak sampai hati tgk lembu tu meronta-ronta! Sampai aku sendiri rasa nk nangis nnt. Cukupla pengalaman sekali tu je aku tgk. Raya kali ni, adik aku sempatla men-snap-kan gambar2 lembu yg dikorbankan oleh ayah dan adik-beradiknye yg lain..
Suami terchenta ku pn tak berani tgk.. huhu.. Jadi, dia tolong melapah-lapah, memotong2 daging untuk diagihkan kat org.. Yang aku tau, daging2 tu bile dah masak, aku makan, sedap! ;-)
Posted by cek.mek.molek at 12/08/2008 11:42:00 PM 0 comments


